.

  • welcome to batch of 47's official blogsite

Sayonara Ya Ramadhan

Posted by aizat On 6:21 AM 0 comments


assalamualaikum sahabatku sekalian. diri ini ingin berkongsi sesuatu dengan kalian sebelum tibanya 1 syawal. lewat ramadhan ini, aku terbaca sebuah komen di salah satu 'post' ataupun 'status' menyambut kedatangan syawal yang ditulis oleh salah seorang guru agama di alma mater kita dahulu. kuringkaskan begini:

"si muda berkata: esok dah nak raya. si tua pula berfikir: hari ini hari terakhir ramadhan."

dan guru agama itu menyambung lagi:

"dapatkah kita akan taqwa itu?"

subhanAllah. apa yang aku cuba sampaikan di sini ialah, agak-agaknya di manalah letaknya pandangan guru agama itu kepada kita warga leonairats? sama ada dia melabelkan kita sebagai si muda? atau pun si tua? apa yang lebih penting lagi, apakah 'label' kita di mata sang pencipta? astaghfirullah. sama-sama lah kita fikirkan. Allahua'lam. assalamualaikum.

"apabila tiba malam akhir Ramadhan, maka menangislah langit dan bumi
serta para malaikat kerana musibah yang akan menimpa umat Muhammad.
Sahabat bertanya apakah muslihat itu?

Rasulullah menjawab: keraana perginya bulan Ramadhan
yang mana di dalam bulan ini segala doa dimakbulkan,
semua sedekah diterima,
semua kebaikan dilipatgandakan pahalanya,
dan segala seksaan ditolak."

p/s: salam aidilfitri sahabat-sahabatku. "dapatkah kita taqwa itu?"

Dia yang Kunikahi: Iqbal Syarie

Posted by aizat On 11:57 AM 1 comments

assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian.

bersyukur atas nikmat kurniaan Nya. dapat lah saya berkongsi sesuatu dalam entry kali ini bersama sahabat-sahabat sekalian. begitu juga dengan kalian. bersyukur kerana masih merasai nikmat untuk mampu melihat, membaca malah memahami setiap isi kandungan yang saya tulis dalam entry kali ini. MasyaAllah. besar sungguh nikmat yang dikurniakan. Alhamdulillah.

tidak perlu untuk membebel lebih panjang rasanya. direct to the point. tujuan entry kali ini ditulis adalah untuk memberi sedikit pandangan (cam skem sangat je?), lebih kepada review untuk sebuah novel yang ditulis, dikarang dan diolah ceritanya melalui idea2 bernas sahabat kita yang diberi nama Iqbal Syarie (dan selepas ini digelar iba. haha). bertajuk, Dia yang Kunikahi, kita berpisah kerana Allah.

saya pasti sahabat-sahabat leonairats sekalian telah sedia maklum satu lagi sejarah yang bersejarah telah terabdi, telah tercipta dan sangat-sangat membanggakan leonairats apabila saudara iba berjaya mengarang sebuah novel yang cukup hebat. tetapi yang lebih membanggakan lagi apabila novel keluaran syarikat jemari seni ini bukan sahaja ditulis oleh sahabat kita Iba, tetapi jalan cerita, struktur bahasa dan ayat, penciptaan watak-watak, dan semuanya tentang novel ini sudah amat bagus bagi saya untuk seseorang yang tidak pernah menghasilkan novel malah tidak juga pernah menghadiri sebarang kursus mahupun bengkel penulisan. syabas Iba!


1. novel ni pasal apa?

bagi saya, kalau nak jawab soalan ni senang je. korang pergi la beli. haha. tapi bukan namanya review la camtu kan. novel ni mengikut kefahaman aku setelah habis dikatamkan dalam masa 2 hari adalah berkisarkan tentang cinta. apa macam? best tu! kisah cinta beb! kisah cinta yang amat luar biasa! mengapa saya katakan luar biasa? kerana begini, bagi kita belia-belia atau remaja-remaja zaman sekarang, urban era 21 (urban la sangat kan) cinta itu ibarat sesuatu yang sangat mudah untuk dilafazkan. sangat mudah dirasai. bila da rasa cinta, da rasa kehadiran cinta kononnya, memang kompem akan couple lepas tu kan? (macam kena batang hidung sendiri je kan?)

tetapi berbeza sekali dengan 'cinta' melalui idea iba yang dizahirkan melalui DYK ini. cinta itu sangat luar biasa kerana hadirnya cinta itu tanpa perlu couple. tanpa perlu movie. karaoke. picnic. clubing. n etc. (korang paham2 sendiri la kan) tapi 'cinta iba' ini adalah cinta yang lahir selepas mengabdikan cinta kepada yang Esa. ya. inilah yang luar biasanya 'cinta iba' ini. cinta itu bukan sesama lelaki dan perempuan semata-mata. tetapi lebih kepada hadirnya cinta kerana Allah. dan jika dengan takdir nya terpisah, kerana Allah jualah mereka terpisah.

2. best ke kalau cerita macam ni? macam bosan je?

best? haha. subjektif. ia terpulang kepada individu masing-masing. bagaimana setiap daripada kita warga leonairats menilai sendiri kekuatan jalan cerita mahupun watak-watak yang dicipta. mugkin bagi kalian sesuatu cerita itu hanyalah best dan hebat jika ia dihasilkan oleh jk rowling atau pun ianya mestilah dalam bahasa penjajah agar tidak terlalu berbunga. tetapi bagi saya, novel ini sangat-sangat la memberi manfaat dan kesedaran yang tinggi. memberi satu dimensi yang berbeza daripada biasa. the other perspective. yang mungkin sesetengah orang tak terfikir akannya.

3. bahasanya macam mana? mudah ke nak faham?

simple. mudah. tidak berjela-jela. tidak terlalu berbunga. bahasa melayu yang diajar oleh hajah kamariah, umi noridah, dan hajah umaimah mungkin. terlalu mudah untuk difahami. pada awalnya saya agak gentar kerana saudara iba sudah awal-awal lagi menyatakan yang novel ini diangkat untuk memartabatkan bahasa melayu itu sendiri. jadi mungkin kita yang 'urban' ni agak kekok dan tidak biasa dengan bahasa-bahasa sebegini. malangnya jangkaan saya salah sama sekali. walaupun pembawaan bahasa itu agak berat, tetapi ia amat mudah difahami. cantik sekali saudara iba olah. terbuai-buai oleh bahasa yang cukup indah. masyaAllah.

4. watak-watak dia pulak?

watak-watak rekaan saudara iba sangat-sangat menarik perhatian saya. mengapa saya katakan begini? pertamanya, setiap watak itu memainkan peranan yang amat penting dalam keseluruhan cerita ini. tiada watak yang tidak penting. semuanya membawa kepada pengertian yang sangat mendalam. setiap karakter dalam watak-watak tersebut diceritakan dengan sempurna. adam johari, nasuha, aisyah, azzam, ustaz mujib bahkan bapa-bapa, ibu-ibu dan juga watak-watak lain sangat memberikan kesan dalam keseluruhan cerita ini. ianya umpama rencah dalam masakan. campur sana sikit. campur sini sikit. sedap!

5. apa lagi ada dalam novel ni?

banyak! pertama sekali, saya sangat2 kagum kerana novel ini sangat2 dekat dengan sang pencipta. dah nama nya novel cinta. sudah pasti keindahan cinta mengikut sisi Islam itu digarap dengan baik sekali. kita dapat lihat bagaimana saudara iba menerangkan 'fungsi' tunang yang sebenarnya jauh dari adat-adat melayu yang sudah berkurun kita wariskan. begitu juga dengan nikah.

kedua: saya amat tertarik dengan keindahan percintaan antara watak-watak ciptaan saudara Iba. bukan cinta seperti kebanyakan kita sekarang. tetapi cinta yang lebih suci dan bersih. cinta hanya kepada Nya. cinta untuk bersama menuju ke syurgaNya yang kekal abadi. cinta hanya kerana Allah. jika takdir menetapkan jodohnya adam johari dengan aisyah mahupun nasuha. ianya akan kekal begitu. jika sebaliknya, pastinya mereka berpisah juga kerana Allah.

ketiga: penerapan unsur-unsur dakwah yang cukup kuat dalam perjalanan cerita ini. dakwah itu bukan hanya di dalam surau atau masjid semata-mata. tetapi lebih kepada kewajipan yang sepatutnya dilaksanakan oleh kita semua. method dakwah yang berbeza-beza juga diselitkan sepanjang penceritaan. bukan hanya dengan memberi ceramah dan tazkirah. tetapi lebih kepada mengikut situasi, keadaan, umur, peribadi seseorang dan sebagainya. tidak lupa juga fungsi dan cara sebenar usrah dijalankan juga turut sama disampaikan dalam novel ini. (tidak seperti kita dahulu yang kerap disajikan dengan cerita-cerita hantu oleh senior-senior)

keempat: peringatan-peringatan sinis! haha. kepada saudara-saudara perokok di luar sana, ada juga pesanan buat kalian. tidak lupa kepada para pemimpin tanpa merujuk kepada sesiapapun mahupun dari pati mana sekalipun agar tidak mengamalkan rasuah dan juga kronism. peringatan-peringatan ini lebih kepada perbincangan santai yang diselitkan sama dalam novel ini.

kelima: banyak lagi nak tulis ni! tapi cukuplah sekadar ini sahaja. kalau nak tahu apa lagi yang terkandung dalam DYK ini. cepat-cepat lah dapatkan! tidak rugi! saya pasti! kalau saya cerita semua. memang rugi la saudara iba. kan! haha.

akhir kata, DYK ini hanyalah permulaan kepada sesuatu yang lebih besar insyaAllah. tidak sabar rasanya untuk mendapatkan buku kedua keluaran sahabat kita iba pada tahun hadapan. pasti lebih menarik! tetapi awas! sekiranya DYK tidak menepati citarasa sahabat-sahabat sekalian, janganlah saya disalahkan pula atas review ini. entry ini saya tulis berdasarkan apa yang lahir dari hati dan pemikiran saya. hati kalian bukan saya yang pegang. tetapi DIA. semoga beroleh keberkatan insyaAllah.

buat saudara Iba, janji telah saya tunai dan kotakan. insyaAllah, kami warga leonairats sentiasa meyokong usaha anda! teruskan! kepada warga leonairats sekalian. semoga bertemu dalam entry yang akan datang. assalamualaikum!

"sampaikanlah walau sepotong ayat"



p/s: 'jeritan yang pudar' bila lagi?

Majlis Tahlil Arwah Shahnour Dan Iftar Starian037 2011

Posted by - abdul hadi abdul muti - On 11:05 PM 0 comments



Credit to Muzhafar Hamzah

tangisan seorang ibu : tahlil

Posted by aizat On 4:46 PM 0 comments

Assalamualaikum warga leonairats sekalian.

hari ini saya berkesempatan untuk berjumpa dengan keluarga arwah Shah Nour setelah lama berusaha menghubungi mereka melalui panggilan telefon oleh saudara kimi dan juga hadi. alhamdulillah, saya dikurniakan kesempatan untuk memandu sendiri ke rumah keluarga arwah bagi menyampaikan hajat warga leonairats sekalian untuk mengadakan tahlil.

setibanya saya di rumah arwah di kampung jeram, salam saya disambut mesra abang arwah yang kemudiannya membawa saya berjumpa dengan ibunda arwah tercinta bukan di rumah arwah tetapi di kawasan pekan sungai buloh. perjalanan memakan masa hanya 5 minit dari kediaman mereka. saya difahamkan ketika itu ibunda arwah sedang melaksanakan aktiviti harian, menjahit tempahan baju.

syukur tak terhingga kerana saya berpeluang untuk bertemu sendiri dengan ibunda tercinta arwah sahabat kita. dan dengan perasaan gembira, saya menyampaikan hasrat warga leonairats sekalian untuk mengadakan tahlil pada sabtu ini selepas asar di masjid jamiur ridhuan pekan jeram kuala selangor.

sebak diri ini tatkala melihat si ibu menitiskan air mata:

"tak sangka masih ada yang ingat arwah dan sudi nak buat tahlil. mak cik terharu."

kelu. saya tak mampu berkata apa-apa. diam sebentar sebelum saya terus berbincang bersama beliau tentang tentatif program dan sebagainya. insyaAllah, ibunda dan ayahanda arwah akan turut sama hadir dalam majlis tahlil nanti.

kepada warga leonairats sekalian. inilah masanya untuk kita sama2 menghadiri majlis ini dan sama2 menghadiahkan pahala bacaan yaasin dan tahlil kita kepada arwah Shah Nour. saya merayu dan menyeru agar kalian dapat sama-sama menghadirkan diri, insyaAllah.



sabtu ini, kita sama-sama berkumpul untuk arwah Shah Nour. sabtu akan datang, mungkin ianya untuk kita. Allahualam. Assalamualaikum.

Followers