.

  • welcome to batch of 47's official blogsite

Panggilan Ke Majlis Tahlil Dan Iftar 2011

Posted by - abdul hadi abdul muti - On 12:04 PM 0 comments

Assalamualaikum!!

Bulan puasa datang lagi. So, this time, macam biasa, memandangkan batch kita yang memang rajin buat reunion, tiap-tipa bulan puasa, mesti ada satu hari yang kita bukak puasa ramai-ramai kan? Ha, tak caye? Meh aku imbas balik memori korang. Ceyhceyhceyh!! Haha.

Ok. Yang ini, first time buka puasa batch lepas kita tinggalkan Star Ipoh.






Aku tak ingat masa ni, buka puasa dekat mana, rasanya, dekat Kenny Rogers Roasters, Mid Valley. Pergh, loaded gila masing-masing.

And then, masa tahun 2009, yang ni, jumlah yang turun dah meningkat.




Masa ni, berbuka puasa dekat Chicken Rice Shop Mid Valley. Kalau korang ingat, memang meriah gila, nak-nak pulak Manager, Kak Diana yang macam tomboi tu, sempoi je. Haha.

Next, tahun 2010. Yang iftar untuk 2010 ni, kita gabung dengan send off party untuk budak-budak yang fly pergi study oversea sekali.









Masa ni, bukak puasa dekat Pelita KLCC. Paling best, makan, ade Hizamy, Aizzul dengan Muz payungkan. Huhu.

So, 2008 dah. 2009 dah. 2010 pun dah. 2011? Ini yang aku nak ajak korang semua ni. Jom lah bukak puasa sekali dengan tahlil arwah member kita, Shahnour. Baca yaasin and tahlil, semoga dia tenang kat sana. Batch kita dah pernah buat majlis tahlil tahun lepas. So, elok sangat la kalau kita buat untuk tahun ni jugak. Untuk last year, kita buat kat sekolah, tapi, this year, kita buat dekat Masjid Jaminur Ridhwan, Jeram, Selangor, sebab dekat dengan rumah family arwah. So, dalam minggu ni or minggu depan, Aizat or Udin nak pergi rumah family arwah, nak bagitau diorang pasal majlis kita ni. So, aku harap sangat, korang support and datang majlis ni.

Kita buat tahlil InsyaAllah lepas Asar. Sebabkam waktu tu time puasa, lepas tahlil tu, kita bagi la pengat ke bubur ke, kat jemaah masjid yang datang. Lepas tu, kita berbuka puasa la sekali dekat Aroma Ikan Bakar. Lokasi dia memang dekat gila dengan masjid. Jalan kaki pun boleh.


Aku faham, korang rasa RM30 tu macLinkam mahal gila. Tapi, serius weh, makan kat sini, memang sedap and berbaloi, ditemani angin laut Sumatera yang bertiup lembut menyentuh kulit. Ahhh... Hahaha. Tak percaye?? Korang boleh baca review restoran dia dekat sini

Review Restoran Aroma Ikan Bakar 1


Review Restoran Aroma Ikan Bakar 2


Review Restoran Aroma Ikan Bakar 3


Semua review ni, semua cakap best. So, sebab tu kitorang pilih Restoran Aroma Ikan Bakar ni. Kitorang just nak yang terbaik untuk korang. Plus, kalau ada duit balance, kitorang akan bagi balik kat korang. Jangan risau. Kitorang bukan penyonglap duit. Haha.

Masalah nak tidor mana, Insya Allah aku akan mintak tolong budak-budak batch kita yang study dekat Shah Alam (yang memang ramai gila) untuk tumpangkan tidur. So, boleh la nak tidur, esoknya baru balik.

So, aku, mewakili team organizer, menyeru member member leonairats sekalian untuk turun untuk sedekahkan tahlil untuk arwah Ahahnour and berbuka puasa sama. Kami menunggu kedatangan korang dengan penuh sabar. Janganlah dikau mengahncurkan harapan kami yang dah cuba yang terbaik untuk event ini.

Gambar Restoran Aroma Ikan Bakar :




Followers