Jumaat lepas Ejan datang Uniten sebab dia ada taklimat tentang fly ke Canada tu. So, alang2 dia datang Uniten, aku ngan Eki paksa dia lepak apartment kitorang untuk sehari dua untuk lepas rindu. huhu. Hari Jumaat kitorang takde buat apa2 sangat sampai la hari Sabtu. Semua tak bangun sahur sebab tidur lambat malam tu.
Sabtu tu pulak, lepas solat Zohor, kitorang gerak ambil Luqme kat KTM Serdang. Pehh memang lain la budak ni dari zaman sekolah dulu - mula2 aku nampak dia. Gambar2 dia dalam Facebook je pun dah nampak lain kan...
Lepas tu, kitorang terus ke Alamanda untuk jumpa Eki. Dia sekarang taukeh Tropicana Life kat sana. Hebat2. Siapa nak discount up to 40%, suruh la dia belikan. huhu. Lepas je jumpa Eki, kitorang blah ke bazaar Ramadhan berdekatan dengan Dataran Putra. Eki tak dapat buka puasa ngan kitorang sebab dia kena kerja sampai malam. Kesian eki. Takpe la, nanti kita buka puasa sama2 ye, Eki...
Sampai bazaar je, jalan jammed. Nak cari parking susah. Aku pun memang banyak giler la langgar lampu merah. Haha. Pedulik apa aku. Asal tak eksiden, dah kira okay la tu. Beli makanan takde la banyak sangat pun tapi tetap tak habis. Oh ye, memandangkan takde tempat nak buka puasa, kitorang buka je kat Dataran Putra tu. Luqme pulak, sikit2 je, "Eh tolong amek gambar"... Nanti pergi tempat lain, "Eh aku nak gambar kat sini, eh situ2, eh sana lah!"
Malam tu, aku bawak diorang pusing2 Putrajaya. Lepas tu diorang balik dalam pukul 9.00. Aku ajak Ejan ngan Luqme tidur satu malam lagi kat Uniten, tapi diorang tak sudi. Takpe la. Nak buat camne. Huhu.
Anyway, aku, Eki, Zemer & Scay dari Uniten nak ucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa pada semua warga Leonairats dan Selamat Maju Jaya pada Ejan.
Lupa pulak, untuk pengetahuan korang Ejan punya flight Rabu ni. Pukul 11 malam kot. Siapa nak pergi hantar dia??
Aku ada link video kat Youtube pasal assignment yang Ejan buat. Tengok la. Lawak dowh. Ejan, sorry. Hehe. Click here
Kalau nak tengok gambar2 yang lain, add Facebook aku: crazee_bounce@linuxmail.org
atau type je 'Fakhruddin Az Zahrawi'
The White Vigour,
Fakhruddin @ Kudin
atau type je 'Fakhruddin Az Zahrawi'
The White Vigour,
Fakhruddin @ Kudin
hahaha.
best2.
;DD
hahaha.
bes r korunk!~
din dtg la ukm lak.haha
eh luper nk tnyer! scay pn uniten gak ker?
UKM? nanti ye. tunggu ada extra allowance dulu. haha. ha'ah scay kat uniten, baru masuk. dia amek course civil engineering. apartment dia dekat je ngan apartment aku
annoying giler kott luqme!!hahaha
eki dh x mcm dlu
dh remaja siot..hahaha
adi, apa yang annoying nye?? okay je? huhu
huit DO, ko katne skrg ek??
annoying yang nak asyik tangkap pic tu..hahaha
do kat uum law
DO!!!!! ko kat uum ke??? awat tak habaq mai kat cheq. boleh cheq pi tgk hang kat sana. sapa lagi???
din, aku x perasan doe ade entry ni.. thanks weh.
takpe ejan. rajin2 la usha blog batch ;)