Semalam, 26 Februari 2010, telah berlangsung satu perkumpulan semula (gathering/reunion) di Universiti Kebangsaan Malaysia. Difahamkan bahawa kebosanan melampau telah mendesak Abdul Hadi Bin Abdul Muti (dahulunya seorang pengawas sekolah) dan Mohd Hizamy Bin Ropiee (dahulunya seorang Pustakawan) untuk membuat tindakan drastik merempit pada Hari Sambutan Maulidur Rasul. Mereka berdua berangkat dari Bandar Raya Shah Alam dalam lingkungan 3.30 petang-4.30 petang. Sumber menyebut bahawa kelewatan ini adalah disebabkan masalah pencernaan Abdul Hadi. Kedua-dua pelajar Rumah Hijau ini telah selamat sampai dengan jayanya di UKM pada pukul 5 petang dan terus menghala ke Pusat Kemudahan Kolej Dato' Onn (Kamsis A).
Ketibaan mereka telah disambut oleh Muhammad Rahimi Bin Hasan (juga pelajar Rumah Hijau) dan Faris Arina Bin Osman (pelajar Rumah Kuning). Untuk rekod, pelajar Rumah Hijau dan Kuning hidup berjiran. Mereka saling membantu ketika zaman ''sepelet'' nya dahulu. Apatah lagi, pelajar Rumah Hijau sememangnya selalu merempat di Rumah Kuning untuk membasuh baju, mandi dan mendapatkan bekalan air. Rumah Hijau juga tidak kurang hebatnya, mereka mempunyai bilik rehat yang bercat warna jingga (hasil usaha Qayyum Black) dilengkapi sebuah peti gambar bersangkar.
Sesampainya mereka di kolej kediaman Rahimi dan Ismeth Azril Bin Shamsuddin (seorang pelajar Rumah Merah juga pemain hoki sekolah, Anaconda), Hizamy terus masuk ke kamar Rahimi seterusnya ''online'' menggunakan khidmat internet Jaring UKM. Laman sosial Facebook menjadi sasaran pertama. Ketika itu, Abdul Hadi sekali lagi mengqada hajatnya di tandas aras 2, Kolej Dato' Onn iaitu aras yang pernah menimbulkan kontroversi ''Tahi Emas''.
Antara topik yang hangat dibincangkan ialah cadangan penubuhan syarikat di bawah nama LEONAIRATS dan perihal Hari Sukan Tahunan Sekolah Tuanku Abdul Rahman. Ada antara mereka yang mempunyai kesempitan wang maka satu keputusan yang agak menghambarkan telah diambil. Keempat-empat mereka bersetuju sebulat suara untuk tidak hadir semasa temasya gilang-gemilang tersebut. Ketika asyik berbual dan berjenaka, telah datang Ismeth ke bilik Rahimi. Kami mengucapkan terima kasih dan syabas kepada Ismeth kerana walaupun sibuk dengan tanggungjawab dan kepercayaa sebagai mahasiswa tetapi masih berkesempatan untuk menjenguk rakan-rakan dari UiTM Shah Alam. Syabas sekali lagi!
Setelah selesai solat Asar secara bergilir-gilir, Rahimi, Faris, Hadi dan Hizamy ke Kafe Haji Rosli di Kolej Tun Hussein Onn. Ismeth telah tidak turut serta kerana tiba-tiba sahaja khidmat dan kepakarannya sebagai seorang pelajar jurusan Sains Nuklear di Fakulti Sains & Teknologi diperlukan. Hal ini bagaimanapun tidak memeranjatkan kami kerana sememangnya sedia maklum dengan ke"busy"an Ismeth. Setalah melabuhkan punggung di kafe tersebut, Nahrizul Ashraf Bin Kadri (pelajar Rumah Hitam) telah dihubungi untuk dimaklumkan tentang kehadiran dua orang rakan ke UKM. Namun, Nahrizul gagal untuk bersama-sama kami bergelak ketawa kerana kolejnya yang agak jauh selain terpaksa berjalan kaki. Dia hanya menyampaikan salam sahaja.
Setelah selesai menjamu selera, mereka menunaikan solat Maghrib sebelum bertolak ke Shah Alam. Kerisauan menyelubungi hati apabila guruh di langit menderam-deram menandakan hari bakal hujan. Ketika itu, Ismeth muncul sekali lagi daripada kesibukannya untuk menghantar Faris ke Kolej Burhanuddin Helmi yang juga kolej kediaman Nahrizul dan Nasrin. Abdul Hadi sekali lagi mengunjungi tandas. Dia sempat merakamkan gambar kenang-kenangan.
***HAMBAR***
MUHAMMAD RAHIMI BIN HASAN
RUMAH HIJAU
hahaha.kelakar dan hambar
salam..aku rindu korunk... :( huhuhuhu.. and,,, aku sayang korunk semua... :)
ahhahaha.bes palo!bes cter ko!hahahah..
*hambar*
perghhh..tak ajk..