.

  • welcome to batch of 47's official blogsite

tangisan seorang ibu : tahlil

Posted by aizat On 4:46 PM 0 comments

Assalamualaikum warga leonairats sekalian.

hari ini saya berkesempatan untuk berjumpa dengan keluarga arwah Shah Nour setelah lama berusaha menghubungi mereka melalui panggilan telefon oleh saudara kimi dan juga hadi. alhamdulillah, saya dikurniakan kesempatan untuk memandu sendiri ke rumah keluarga arwah bagi menyampaikan hajat warga leonairats sekalian untuk mengadakan tahlil.

setibanya saya di rumah arwah di kampung jeram, salam saya disambut mesra abang arwah yang kemudiannya membawa saya berjumpa dengan ibunda arwah tercinta bukan di rumah arwah tetapi di kawasan pekan sungai buloh. perjalanan memakan masa hanya 5 minit dari kediaman mereka. saya difahamkan ketika itu ibunda arwah sedang melaksanakan aktiviti harian, menjahit tempahan baju.

syukur tak terhingga kerana saya berpeluang untuk bertemu sendiri dengan ibunda tercinta arwah sahabat kita. dan dengan perasaan gembira, saya menyampaikan hasrat warga leonairats sekalian untuk mengadakan tahlil pada sabtu ini selepas asar di masjid jamiur ridhuan pekan jeram kuala selangor.

sebak diri ini tatkala melihat si ibu menitiskan air mata:

"tak sangka masih ada yang ingat arwah dan sudi nak buat tahlil. mak cik terharu."

kelu. saya tak mampu berkata apa-apa. diam sebentar sebelum saya terus berbincang bersama beliau tentang tentatif program dan sebagainya. insyaAllah, ibunda dan ayahanda arwah akan turut sama hadir dalam majlis tahlil nanti.

kepada warga leonairats sekalian. inilah masanya untuk kita sama2 menghadiri majlis ini dan sama2 menghadiahkan pahala bacaan yaasin dan tahlil kita kepada arwah Shah Nour. saya merayu dan menyeru agar kalian dapat sama-sama menghadirkan diri, insyaAllah.



sabtu ini, kita sama-sama berkumpul untuk arwah Shah Nour. sabtu akan datang, mungkin ianya untuk kita. Allahualam. Assalamualaikum.

Categories:

0 Response for the "tangisan seorang ibu : tahlil"

Post a Comment

Followers