Actually, bende kat bawah ni aku dah post kat blog aku..Tapi nak post gak kat sini..Sajer..hehe
Ku bangun dalam kegelapan
dengan simbahan kehidupan
Saat saat kosong pun menyelubungi
Terapung dengan aura aura harapan
Oh tiada lagi harapan
Kenyataan membawa aku
Berpijak di bumi nyata
Apa yang boleh aku lakukan
Apa yang boleh aku katakan
Aku perlukan tempat persembunyian
Hanya untuk sementara, hanya untuk senyuman,
Hanya untuk kehidupan yang biasa aku lalui
Lagu sempurna yang dipenuhi
Kata kata cinta dan bukan nista
Jika mereka pergi
Jika mereka meninggalkan aku di belakang
Kerana aku tak mahu keseorangan
Hidup tanpa sesiapa
Aku tak mahu hidup aku seperti di pinggiran
Dihiasi perhiasan kosong
Kerana aku mahu bersama dengan insan yang kukenal
Yang melakukan benda yang sama
Membuatkan mimpi-mimpiku menjadi nyata
Aku tak bisa mengenali bayang bayang di pintu
Walau aku pernah melihatnya dahulu
Kerana apa yang aku inginkan
adalah untuk bersama kamu
Ku pandang awan
Ia pun memandang aku kembali
Ku tak mampu memdengar melodi bisu
Aku tahu aku di sini tapi aku sesat
Ditiup dalam kekeliruan oleh sang angin
Aku menyembunyikan mukaku
Menangis keseorangan
Aku memerlukan jalan untuk pulang
Kembali ke tempat itu
Hari hari yang bahagia
Kehidupan yang biasa aku tempuhi
Di mana setiap senyuman
Dilahirkan melalui kasih dan keikhlasan
Dan setiap titis air mata merembeskan kegembiraan
0 Response for the "Specially Made For You"
Post a Comment