Bismillahirrahmanirrahim.Assalamualaikum sebagai pembuka bicara.Korang semua sehat?Harap korang jaga diri terutama waktu sekarang,waktu kita semua ditimpakan musibah dan ujian drpd Allah dgn selsema babi.Bunyi mcm tak senonoh je selsema babi,tapi wtpew nak malu sbb mmg itu penyakit berasal dari babi.
Emak Nassier meninggal dunia beberapa hari lepas.Jadi,sebagai saudara dia,kita patutla lakukan tanggungjwb sebagai muslim kita iaitu ziarahi keluarga beliau.Malangnya,jujurnya aku mmg takleh pergi sbb aku tengah praktikal sekarang.Kelas aku 9jam sehari dan 6 hari seminggu tidak memungkinkan aku utk melawat Nassier.Hanya al-Fatihah,bacaan yassin serta doa yg dapat aku panjatkan dari jauh agar Allah mengurniakan kebaikan dan rahmat kpd arwah dan keluarga Nassier sendiri.
Disebabkan ni first post,post cuba-cuba aja,mmg aku tak merancang utk tulis banyak-banyak.Sekadar ingin berkongsi sedikit tentang bulan Ramadhan yg akan kita nikmati sedikit masa lagi.Alhamdulillah Allah izinkan kita berada dalam penghulu bulan ini.(insyaAllah taala).
Harap-harapnya,setiap kita ni timbul kesedaran utk beramal dan menghargai bulan ni.Rebut pahala tarawih dan solat berjemaah.Kita jaga adab semasa berpuasa ni.Jangan kita jadi mcm org bodoh,puasa tapi solat fardu kita tinggal.Kita takkan dapat apa-apa.Kurangkan maksiat dan berhibur kerana kita sama sekali takkan berjumpa dgn ketenangan melalui berhibur.Percayalah..
Ketenangan yg hakiki akan diberikan jika mata kita basah memikirkan dosa kpd Allah.Tak percaya?cubalah buat.Kita semua ni pendosa dan sebaik-baik pendosa ialah org yg taubat kpd Allah dan sebaik-baik taubat pulak ialah taubat nasuha.
Salam Ramadhan buat semua! Jika ada salah dan silap aku kpd korang semua para pembaca,aku mohon ampun sgt.Kalau ada harta yg aku makan drpd korang,halalkanlah.Sesungguhnya aku da menghalalkan harta aku kalao ada sesapa makan atau ambil.Harta aku milik korang juga sbb semuannya dtg dr Allah jugak sbnarnya.
Kalo ada hutang,halalkanlah dan kalo ada terkutuk korang,maafkanlah.Salam Ramadhan! semoga kita berolah keampunan dan rahmatNya dan semoga kita melangkah keluar dr bulan ini sebagai seorg muslim dan bukan islam semata-mata.
selamat menyambut bulan ramadhan
HAPPY FASTING MONTH TOO.
semoga ramadhan kali ni aku lagi banyak buat amalan2 yang baik & beribadah banyak2. korang pun sama ye... =]