.

  • welcome to batch of 47's official blogsite

Bikin Panas!!

Posted by aizat On 11:22 AM 1 comments


Rasulullah SAW bersabda, "Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah." (HR Tirmizi dan Abu Dzar).

Assalamualaikum buat korang-korang semua. aku ni dah tak ada keje laen ke asyik nak update blog starian037 ni? tak apa lah. at least nampak la hidup sikit kan. takde la kru kru sangat nanti blog ni. ok. back to the point. dah bace dah hadis kat atas ni? see. senang kan nak bersedekah. dengan senyuman je kite da dikira bersedekah. masyaAllah. betapa pemurah nye la Allah s.w.t kat umat-umat rasulullah s.a.w ni. kite ni memang patut bersyukur sangat2 dilahirkan menjadi umat rasulullah s.a.w. alhamdulillah.

tapi ade beberapa soalan yang aku sendiri musykil dan teringin nak tanye korang semue. pertamanya, kalau kita benar-benar iklas bagi senyuman kire ok la kan. tak ade apa-apa persoalan yang timbul. tapi kalau kite senyum macam kat atas ni? evil smiley! kire senyum jugak ke? hmm. ade keikhlasan ke senyuman macam tu? macam ada niat yang tak baik je? keduanya, ni macam tak logik jugak la aku nak tanye. kalau senyum kat facebook atau dalam mesej kira senyum jugak ke? contoh nye macam ni :-) atau macam ni =] dan macam-macam lagi la cara nak senyum dalam dunia siber ni. kire sedekah jugak ke kawan-kawan?

sekejap.

apa kaitan senyum dengan topik bikin panas kat atas ni kan?? baik lah. stret to da point. korang kenal tak insan bernama PURIFICATIO ROSARIUM?? tak kenal? baik lah. dalam entry kali ni, aku terangkan sape PURIFICATIO ROSARIUM ni. tapi sebelum tu, nama die ni panjang sangat la. macam nama saintifik bunga dengan sayur-sayur pun ade gak. aku gune toped punye panggilan boleh? manje sikit. PURI-PURI.

aku suke gambar ni

Gempar!! batch kite kali ni dikejutkan dengan kehadiran insan yang bergelar puri-puri ni. masa aku mule-mule accept friend request dari puri-puri ni, aku tak ade syak wasangka atau pun buruk sangka sebab ye lah, mutual friend dia penuh budak-budak leonairats. nak suspek ape lagi kan? sah-sah la mamat ni pun dak batch kita. ada jugak desas-desus yang bertanyakan tentang puri-puri ni. tanya biase2 la. tapi semua bertambah gempar dan kecoh bile saudara abid atau amoi post seperti ini:

Siapakah anda wahai Purificatio Rosarium ? Jangan biarkan diri anda diselubungi misteri. :)

pergh!! sambutan terhadap post amoi ni agak luar biase. ramai sebenar nye yang concern tentang kewujudan puri-puri ni. tapi malangnya, bila dah hangat-hangat macam ni, boleh pulak si puri-puri ni jawab camni:

=)

damn! ape kejadah nye smiley? bro, kitorang tanye lu sape, bukan tanye macam mana rasa nak makan tapak kaki! ops. emo. sabo-sabo. ramai jugak la yang dah terkena dengan serangan smiley mamat puri-puri ni. antaranya singh, adin, haziq, amoi dan ramai lagi rasenye. ayat paling panjang yang puri-puri ni bagi pun ditujukan khas untuk singh:

senyum 2 sedekah r signh..

alhamdulillah. see. puri-puri ni baca hadis yang aku post kat atas tu. dia tau senyum tu sedekah. tapi kalau da senyum dia tu buat orang lain sakit hati or tertanya-tanya, macam mana pulak eh? hmm. dan cerita puri-puri ni bertambah gempar dan hangat bila hizamy post macam ni:

well Purificatio Rosarium, or kucai, kalo betol kau nak buat akaun khas untuk budak star je,
bile org dah tnye kat sini, sile lah jawab ye.
dont irritate people like that, kononnye down to earth la senyum2 nieh.
ini closed group so org lain x boleh bace, so just bgtaw je la sape kau.
durhhh cukup2 la menyusahkan budak batch sndiri. jgn smpai terfaktab teros. bala bala!

Yang Memerhati Dari Jauh,
Hizamy Ropiee

walaweh! terfaktab gila ayat hizamy ni! kalau aku kene macam ni bersirap jugak la. terus tinggalkan kedai kopi. haha. betul ke kucai? puri-puri tu kucai ke? kalau kucai, kenapa de tak nak mengaku kan? then, secara tiba-tiba kucai muncul mempertahan kan maruah dirinya. ni antara post-post kucai:

uit..sejak bile lak aku de FB purification nie??nie ak bengang nie..paneh2,,cedap2 je name ak wat men2!!

nie ak rase nak carut cam haram nie..pe kejadah tibe2 name aku naik nie!!!!
ak nga sibuk2 nak urus majlis tunang aku kat indon tbe name aku lak kne wat lauk pe kes??
ko nie pown bege..beragak r sikit..sapew2 pown bole wat account FB an..
yg mamat purification 2 pown satu..suh aku yg add masuk group kopi nie..
aku duk usha die member ngan rmai dak batch..n mamat nie cam tao seme pasal aku..
mamat nie nk bunuh ak ke ape..ko pk r..bengap giler nak wat account byk2..hampeh..
free2 jew name aku kne wat lauk..demmit..

dan kucai pun betul-betul marah:

Hizamy Ropiee..ko ade xpuas hati pew ngan aku??apsal name aku nek tibe2??..
lao xberani inbox r..xpown call no aku..085656121156..siyes ak nga paneh tahap cipan neyh..

wahai saudara puri-puri, (itu pun kalau kau baca blog ni), nampak tak apa yang kau dah buat? tak pasal-pasal kitorang satu batch haru-biru hanya sebab senyuman kau yang bajet cute tu. bro. aku rase kau da cukup matang da. kalau betul kau dak leonairats, apa masalah kau nk ngaku kau siape? umo da 21 der, paling muda pun kalau kau budak lompat umo dah 20. dah tak de maknye sweet-sweet 17 18 or 19. dah masuk dekad ke 3 dah pun hidup kita ni.

aku memang yakin gila puri-puri ni budak leonairats. sebab pe? korang rase kan, ade ke budak-budak batch lain menyangap nak join dak leonairats? motip? da takde keje lain ke ape? sapa lagi kalau bukan dak leonairats yang nk join group ni, tak kan dak egomaniac? tak kan dak ogonairats (wtf nama nak sama) dan ditukar kepada starovioian (disebut starovian) nak join leonairats? atau dak2 seven eleven?? tak da motif langsung. sah-sah macam kucai cakap dalam post dia, mamat puri-puri ni jugak la yang suruh kucai add de masuk. hmm. puri oh puri.


cukup la kot post atau entry aku kali ini. tengah panas jugak sebenar nya ni. sampai saat entry ni aku tulis, da ramai da orang aku tanya, tau tak sapa mamat puri-puri ni. ramai yang tak tahu. hizamy pun tahu dari orang lain. kucai sendiri dah tanye mamat puri-puri ni tapi macam biase la. =). wt*. pergh. cukup-cukup la. makin banyak lak dosa aku tulis post macam ni.

sekejap.

lepas aku cek wall puri-puri, info puri-puri, faktor penarik penolak semua, dengan siapa dia suruh add, dengan siapa dia tegur, aku rasa aku tau sapa mamat puri-puri ni. tapi aku tak nak la pulak assume siapa kan. takut salah nanti mengaibkan orang pulak. aku yakin aku tau mamat puri-puri ni. mengaku jela. tak susah kan. tengok apa jadi sekarang. kau da kene buang grup da pun. hmm. tu yg kau nak kot. bye bye la puri-puri. ok la kawan-kawan. adios. nak bercuti lama ni. semoga ketemu lagi. salam!

p/s: kucai tulis kat post de sibuk majlis tunang, tak nak kongsi cerita ngn kawan2 ke? ehem. owh lagi satu. soalan kat atas tu kalau sapa-sapa tau, tolong la bagi aku jawapan eh. mungkin blog iba dapat membantu?

Categories:

1 Response for the "Bikin Panas!!"

  1. Soalan mende? yang penting aku bukan Puri-puri tu :D

Post a Comment

Followers