Alhamdulillah, selepas seminggu lamanya saya bercuti, saya masih berpeluang menulis di dalam blog ini. nikmat mata untuk melihat, nikmat tangan dan jari untuk menulis malah nikmat telinga untuk mendengar. masyaAllah. maha besar nikmat yang dikurniakan kepada kita hamba-hamba Nya.
kali ini, saya bercadang untuk menyampaikan 3 berita sekaligus kepada rakan-rakan leonairats. semuanya disumbat dalam satu entry. padat, simple dan mudah difahami. pertama, pada 21 mei 2011, hari yang sama perjumpaan leonairats di rumah apam dan entry tentang kesedihan rakan-rakan kita kehilangan orang yang tersayang, salah seorang rakan kita pula yang mula nya diberi gelaran Hanamichi Sakuragi atau nama glamour nya Mitchy (nama sebenar: ahmad danial hj mohd azlan) telah mengejutkan warga undang-undang UiTM Shah Alam keseluruhannya. apakah yang telah saudara mitchy lakukan?
saudara mitchy telah membawa adik lelaki kesayangannya (imran azlan atau nama glamour nya tobi) untuk mendaftar di UiTM Shah Alam dalam jurusan yang sama sepertinya suatu ketika dahulu (Asasi Undang-undang UiTM). ini bermaksud sejarah telah kembali berulang. mereka adik beradik bukan sahaja bersekolah menengah di sekolah yang sama, malah kembali bertemu di UiTM dalam jurusan yang sama. alhamdulillah. bak kata pepatah Melayu, air dicincang tidak akan putus. saya tertanya-tanya, mungkinkah ayap dan atip akan bertemu di ukm? ataupun dolah dan ahmad mungkin bertemu di UiTM Seri Iskandar? semuanya mungkin.
kedua nya, kali ini warga leonairats pula yang dikejutkan dengan berita pertunangan salah seorang saudara kita. Kucai nama nya. setelah dipujuk dalam entry sebelum ini, akhirnya beliau sendiri tampil memberikan informasi tentang majlis pertunangan beliau yang telah pun selamat dilaksanakan pada 16 Mei yang lalu. alhamdulillah.
dan yang ketiga atau pun yang terakhir. hmm. masih ada lagi rupanya saudara-saudara kita yang cuba berteka-teki. tapi kali ini dengan nama yang lebih hebat. LEO NAIRATS. biarlah. seorang rakan kita telah pun dalam komen nya sebelum ini menulis seperti berikut:
"jangan disibukkan urusan atas perkara yang kecil sebegini.
Jangan disibukkan urusan atas sesuatu yang tidak membawa kepada amal ya ikhwah sekalian!:)"
masyaAllah. benar sekali kata-kata beliau. jadi, tidak perlu lah untuk perkara ini dihebahkan-hebahkan. cukuplah sekadar saya berkongsi pengetahuan bersama kalian semua. kepada si pelaku nya, anda memang cukup hebat menghasilkan propaganda. dan hebat kerana masih punya masa untuk sesuatu yang tidak berfaedah. maaf kalau kata-kata saya mengguris hati si pelaku.
baiklah. sehingga bertemu lagi. salam sejahtera buat rakan-rakan leonairats. Assalamualaikum.
0 Response for the "Sumbat!"
Post a Comment