.

  • welcome to batch of 47's official blogsite

kisah benar

Posted by Julia & V On 12:20 AM 3 comments

err.assalamualaikum u_u

semenjak dua menjak ni jari dah semakin keras nak menaip.tapi sempena malam jumaat ni (n baru lpas tgk You Saka pergi jauh jauh) ,tetiba teringat cerita time kita form 1.


1)  first story

waktu minggu first kita masuk STAR...aku kan suka menangis leleh2...semput lah ape lah (konon).cuma Gaio,Setel,dan budak2 dorm 4 je yang lebih mengerti.disebabkan itulah aku selalu escape aktiviti minggu orientasi sebab sakit rumah (homesick).

pastu,nak dijadikan cerita, ada satu malam ni aku lepak dorm sbb tak sihat.masa tu ada sekali Singh,Ikan,Hisyam,Setel (kot) dgn beberapa org lagi.yang lain2 pergi prep.dalam pkl 9 lebih camtu,aku nak pergi call mummy,tapi public kat blok form 1 (kini blok white) problem.cuma public berjenama telekom je yang aku boleh guna,sebab aku pakai Ring-Ring Kad.nak taknak,terpaksalah pergi ke public kat dining...

sebelum pergi tu aku gitau lah sesape yg ada kat dorm tu dulu.sekali Ikan kata nak ikut (sbb dia nak call jugak kot) then Hisyam pun nak ikut gak..maka berangkatlah kami bertiga yang kecil-kecil ini meredah koridor demi melepas rindu terhadap ibu bapa tercinta.

dalam hati,masing-masing cuak takut terserempak dgn warden or yg lebih menyeramkan,Pak Pin...dengan koridor yg takde lampu n dining yg dah tutup,memang gelap kaw2 lah.bila dah sampai depan dining,aku pandanglah ke surau,takut2 ada prefect or warden yg lepak situ.tiba-tiba,aku terdengar bunyi air "Kdebush kdebush". aku jengah,tengok dekat kolah air ada orang tengah amek air sembahyang.Ikan dgn Hisyam pun nampak gak,sebab masa tu tiba-tiba kitorang stop and pandang je orang tu.

aku ingat lagi,dia pakai jubah kelabu,pakai serban kelabu gak.dari jauh nampak tua sikit,ada janggut.yang aku tak paham,lepas dia amek air sembahyang tu,dia tak masuk ke surau; tapi dia terus keluar dari perkarangan surau,lalu depan kitorang,pastu terus ke arah belakang dining hall.masa tu kitorang still lagi terpaku tengok dia.lepas dia dah takde baru kitorang jalan balik sambil tertanya2 sape dia tu..

bila lepas dining hall,antara dining ke blok matrix,kitorang tengok rumah-rumah pekerja kat belakang yg ada pokok tu semua menyala...oh patutlah,pekerja rupanya...rumah dia takde air kot,sebab tu dia amek air sembahyang kat surau.kitorang pun meneruskanlah niat utk calling2.

esoknya baru aku tau yg rumah2 kat belakang tu rupanya dah lama jadi stor.gulp.tempat kita main sorok2 dgn warden time fly.tempat Setel buat jadi rumah Pok Hang dlm filem 'Sampai ke Pangkuannya'.

habis,siapakah uncle misteri yg mengambil air sembahyang kat kolah surau yang berberudu pada malam itu? persoalan itu masih tak dapat dijawab sehingga ke hari ni..sbb aku tak pernah tanya sesape pun =p aku tak tau Ikan dgn Hisyam ingat lagi tak pasal benda ni.

6 tahun kemudian...time aku dah masuk matrix Gopeng,roomate aku ex-K.U sekolah Izzudin.dia ada cerita,kat Ipoh ni ada seorang Jin Islam bernama Sheikh Ghamis..kira Ipoh tu dia la yang pegang.menurut kawan aku tu,sekolah Izzudin n Sekolah Teknik tu port fevret dia.mungkinkah beliaulah yg kami nampak malam itu? Wallahua'lam...yang pasti,zaman Ring-Ring Kad telah pun berlalu...sekarang budak form one pun dah pandai Android dah...dan pasti,Sheikh Ghamis masih di Ipoh,memerhati anda walau dimana saja...

sekian,Wallahua'lam.

Categories:

3 Response for the "kisah benar"

  1. Unknown says:

    woooo... scary

  2. Anas Clay says:

    seram..@@

  3. aswadz says:

    misteri sungguh...

Post a Comment

Followers