.

  • welcome to batch of 47's official blogsite

Emergency!

Posted by aizat On 10:23 PM 0 comments

salam rakan-rakan leonairats sekalian. berita yang baru sahaja saya terima sebentar tadi. salah seorang rakan kita UDIN akan menjalani pembedahan bahu buat kali yang ke-2. pembedahan dijangka akan dijalankan pada sebelah petang esok (16 jun 2011) dan bertempat di Hospital Tentera Wangsa Maju. antara pesanan yang sempat udin berikan kepada saya adalah:

"salam..esok aku undergo 2nd operation..wish me luck!"


kepada rakan-rakan sekalian, marilah kita sama-sama mendoakan pembedahan berjalan lancar dan saudara kita udin kembali sihat seperti sediakala insyaAllah. kalau ade rezeki dan diizinkan, apalah kiranya selepas pembedahan nanti kita sama-sama melawat beliau.

Rasulullah s.a.w bersabda:

"Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian;
dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka,
kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda,
maka dia akan beroleh keredaan Allah,
dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu,
maka dia akan mendapat kemurkaan daripada Allah."

(Hadis riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)

Categories:

0 Response for the "Emergency!"

Post a Comment

Followers