.

  • welcome to batch of 47's official blogsite

Panggilan Pulang

Posted by aizat On 11:27 AM 0 comments

Assalamualaikum kawan-kawan! bertemu lagi kita dalam entry kali ini. alhamdulillah. ini semua berkat pinjaman nikmat-nikmat dunia yang dikurniakan Allah. bersyukur sangat-sangat. akhir-akhir ini, seruan pulang ke alma mater (betul ke ejaan aku?) sudah mula kedengaran. masing-masing dah mula save the date (1 -3 julai 2011) untuk datang ke sekolah tuanku abdul rahman bagi sama-sama meraikan old boys weekend (OBW) kali ke ?? aku pun tak pasti.

so, bermacam-macam ragam yang dapat kita saksikan dalam kedai kopi leonairats. antaranya ada yang sibuk berfikir macam mana nak pegi STAR nanti. nak naik apa? bas? kereta? train? flight mungkin? ada jugak yang dah mula sibuk contact kawan-kawan untuk pergi bersama. yang sini tumpang yang sana. yang sana bawak yang sini. best2. meriah.

tak kurang jugak yang kecewa tak dapat nak join OBW kali ini. ada yang bekerja. ada yang sibuk menguruskan hal-hal fakulti mahupun universiti. ada yang terlibat dengan program-program kemasyarakatan. ade yang tak dapat pulang dari perantauan. ade yang sibuk berpolitik. ade juga yang sibuk berdakwah. alhamdulillah. ade pula yang sedang berpraktikal. macam-macam kekangan yang tak mengizinkan untuk mereka turut sama hadir.

tapi yang paling aku tertarik ada salah seorang rakan kita bertanya kepada rakan kita yang lain tentang kehadirannya ke OBW. aku simpulkan seperti ini:

A: pergi OBW tak?

B: tak bro. malas!

terbaik! aku suka alasan yang macam ni. simple. jujur. ikhlas datang dari hati. abes cerita. malas nak pergi. tak payah nak bagi dalih lain dah. haha.

tapi bila aku fikir-fikir balik, kenapa agak nya kita kena pergi OBW? jawapan untuk soalan ni pun boleh jadi macam-macam jugak. antara yang cliche dan dah biase dengar adalah jumpa member-member lama la. apa lagi nak buat kan. lepak dan hang out sama-sama. kutuk sana kutuk sini, gelak-gelak sakan. ada yang datang nak tengok STAR tu sendiri. sama lagi ke suasana nya masa kita tinggalkan dulu? ada jugak yang memang nak join segala aktiviti yang dah disediakan sempena OBW. tak kurang jugak, dapat jumpe cikgu-cikgu. tanya khabar, sihat ke? dah kawin ke? ada jugak yang ambik kesempatan jumpa 'adik-adik'. maklumla, dah lama tak jumpa. yang pelik, ade jugak yang ambik kesempatan nak jumpa 'abang-abang'? err..

tapi pengurusan OBW tahun ni agak kreatif bila diorang memperkenalkan HOME COMING SHIELD. apa sebenarnya benda alah ni? kalau korang nak tau lebih, klik sini. pekga pernah jugak post dekat kedai kopi. ni yang pekga post. tapi agak tak fair la. sebab kemenangan batch dikira berdasarkan bilangan jumlah yang mendaftar dan membayar, bukan bilangan jumlah yang hadir. for me, bilangan kehadiran masa OBW nanti la yang menunjukkan komitmen sesuatu batch. sama ada ramai atau tidak yang hadir. betul tak? tapi ada pro and con la benda ni. untuk yang muda-muda macam kita ni memang tak ada masalah la kan nak datang. but for those yang dah bekeluarga dan bekerjaya, maybe agak susah la. sudut positif.


apa-apa pun, kalau korang dah pasang niat nak pergi dan berpeluang nak pergi, baguslah. alhamdulillah. berhati-hati ketika memandu. selamat pergi selamat pulang. amin. kepada yang tak dapat nak pergi, jangan risau. tiap-tiap tahun OBW ni ada. kalau dah tiap-tiap tahun pun terlepas, tunggu je 2027 nanti. sampai la turn batch kita pulak. hmm. agak-agak nya, siapa la yang bakal lead OBW masa tu eh?

Categories:

0 Response for the "Panggilan Pulang"

Post a Comment

Followers