.

  • welcome to batch of 47's official blogsite

fido.amer.muz

Posted by muzhafar On 6:51 PM 0 comments

Assalamualaikum buat warga LEOnairats sekalian,

Alhamdulillah, saya juga masih diberi nikmat untuk menaip pada hari ini, alhamdulillah.

Secara tiba2 saya juga ingin membuat laporan perjumpaan LEOnairats. hihi =p

Walaupun ianya sudah lama berlalu, tetapi pautan memori tetap segar di ingatan saya.

Baiklah,

Pada 6 November 2010 yang lalu, telah berlangsung Nottingham Malaysian Games di Nottingham University. Buat pengetahuan semua, Nottingham Malaysian Games adalah games tahunan yang dianjurkan oleh pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di Nottingham.

Ah, sudah pasti saya bisa teringat akan warga LEOnairats yang melanjutkan pelajaran di sini. Alhamdulillah, saya sempat berjumpa dengan Firdaus Othman dan Amer Harun di surau sewaktu ingin menunaikan solat zuhur.

bergambar bersama saudara Firdaus Othman dan Amer Harun
Segala memori ketika di STAR masih kekal di ingatan kami.

Teringat saya ketika berjenaka dengan saudara Amer Harun :

"woi Amer, hang otai kat York ka?"

balas saya, ''aku dulu otai Yellow kot, so skang kat Surrey aku pun otai lagi''

kata saya lagi, "Amer, kalau ada apa2 hal, roger je aku, nanti aku datang 'tabur' @ 'settle'kan".

Kami berdua pun ketawa. Namun saya pasti, jauh disudut hati kami, terkenangkan memori, teringatkan zaman sewaktu di STAR dahulu. :)

Kenangan bermain bola di padang STAROBA Square juga menjadi bahan bualan kami. 

Bergambar bersama kawan2 Amer Harun dan dua dari kiri adalah Mior Hazril


Bergambar dengan Amer Harun lagi.
Sekian sahaja daripada saya.

Maaf sekiranya post ini tidak sesuai berada di blog ini :(

saje je nak cecite =p huhu

Doakan saya, ada lagi dua paper ni ^_^

Jaga diri wahai LEOnairats sekalian, insyaAllah moga ketemu lagi.

Sumbat!

Posted by aizat On 3:19 PM 0 comments

Alhamdulillah, selepas seminggu lamanya saya bercuti, saya masih berpeluang menulis di dalam blog ini. nikmat mata untuk melihat, nikmat tangan dan jari untuk menulis malah nikmat telinga untuk mendengar. masyaAllah. maha besar nikmat yang dikurniakan kepada kita hamba-hamba Nya.

kali ini, saya bercadang untuk menyampaikan 3 berita sekaligus kepada rakan-rakan leonairats. semuanya disumbat dalam satu entry. padat, simple dan mudah difahami. pertama, pada 21 mei 2011, hari yang sama perjumpaan leonairats di rumah apam dan entry tentang kesedihan rakan-rakan kita kehilangan orang yang tersayang, salah seorang rakan kita pula yang mula nya diberi gelaran Hanamichi Sakuragi atau nama glamour nya Mitchy (nama sebenar: ahmad danial hj mohd azlan) telah mengejutkan warga undang-undang UiTM Shah Alam keseluruhannya. apakah yang telah saudara mitchy lakukan?

saudara mitchy telah membawa adik lelaki kesayangannya (imran azlan atau nama glamour nya tobi) untuk mendaftar di UiTM Shah Alam dalam jurusan yang sama sepertinya suatu ketika dahulu (Asasi Undang-undang UiTM). ini bermaksud sejarah telah kembali berulang. mereka adik beradik bukan sahaja bersekolah menengah di sekolah yang sama, malah kembali bertemu di UiTM dalam jurusan yang sama. alhamdulillah. bak kata pepatah Melayu, air dicincang tidak akan putus. saya tertanya-tanya, mungkinkah ayap dan atip akan bertemu di ukm? ataupun dolah dan ahmad mungkin bertemu di UiTM Seri Iskandar? semuanya mungkin.

kedua nya, kali ini warga leonairats pula yang dikejutkan dengan berita pertunangan salah seorang saudara kita. Kucai nama nya. setelah dipujuk dalam entry sebelum ini, akhirnya beliau sendiri tampil memberikan informasi tentang majlis pertunangan beliau yang telah pun selamat dilaksanakan pada 16 Mei yang lalu. alhamdulillah.

dan yang ketiga atau pun yang terakhir. hmm. masih ada lagi rupanya saudara-saudara kita yang cuba berteka-teki. tapi kali ini dengan nama yang lebih hebat. LEO NAIRATS. biarlah. seorang rakan kita telah pun dalam komen nya sebelum ini menulis seperti berikut:

"jangan disibukkan urusan atas perkara yang kecil sebegini.
Jangan disibukkan urusan atas sesuatu yang tidak membawa kepada amal ya ikhwah sekalian!:)"

masyaAllah. benar sekali kata-kata beliau. jadi, tidak perlu lah untuk perkara ini dihebahkan-hebahkan. cukuplah sekadar saya berkongsi pengetahuan bersama kalian semua. kepada si pelaku nya, anda memang cukup hebat menghasilkan propaganda. dan hebat kerana masih punya masa untuk sesuatu yang tidak berfaedah. maaf kalau kata-kata saya mengguris hati si pelaku.

baiklah. sehingga bertemu lagi. salam sejahtera buat rakan-rakan leonairats. Assalamualaikum.

Bikin Panas!!

Posted by aizat On 11:22 AM 1 comments


Rasulullah SAW bersabda, "Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah." (HR Tirmizi dan Abu Dzar).

Assalamualaikum buat korang-korang semua. aku ni dah tak ada keje laen ke asyik nak update blog starian037 ni? tak apa lah. at least nampak la hidup sikit kan. takde la kru kru sangat nanti blog ni. ok. back to the point. dah bace dah hadis kat atas ni? see. senang kan nak bersedekah. dengan senyuman je kite da dikira bersedekah. masyaAllah. betapa pemurah nye la Allah s.w.t kat umat-umat rasulullah s.a.w ni. kite ni memang patut bersyukur sangat2 dilahirkan menjadi umat rasulullah s.a.w. alhamdulillah.

tapi ade beberapa soalan yang aku sendiri musykil dan teringin nak tanye korang semue. pertamanya, kalau kita benar-benar iklas bagi senyuman kire ok la kan. tak ade apa-apa persoalan yang timbul. tapi kalau kite senyum macam kat atas ni? evil smiley! kire senyum jugak ke? hmm. ade keikhlasan ke senyuman macam tu? macam ada niat yang tak baik je? keduanya, ni macam tak logik jugak la aku nak tanye. kalau senyum kat facebook atau dalam mesej kira senyum jugak ke? contoh nye macam ni :-) atau macam ni =] dan macam-macam lagi la cara nak senyum dalam dunia siber ni. kire sedekah jugak ke kawan-kawan?

sekejap.

apa kaitan senyum dengan topik bikin panas kat atas ni kan?? baik lah. stret to da point. korang kenal tak insan bernama PURIFICATIO ROSARIUM?? tak kenal? baik lah. dalam entry kali ni, aku terangkan sape PURIFICATIO ROSARIUM ni. tapi sebelum tu, nama die ni panjang sangat la. macam nama saintifik bunga dengan sayur-sayur pun ade gak. aku gune toped punye panggilan boleh? manje sikit. PURI-PURI.

aku suke gambar ni

Gempar!! batch kite kali ni dikejutkan dengan kehadiran insan yang bergelar puri-puri ni. masa aku mule-mule accept friend request dari puri-puri ni, aku tak ade syak wasangka atau pun buruk sangka sebab ye lah, mutual friend dia penuh budak-budak leonairats. nak suspek ape lagi kan? sah-sah la mamat ni pun dak batch kita. ada jugak desas-desus yang bertanyakan tentang puri-puri ni. tanya biase2 la. tapi semua bertambah gempar dan kecoh bile saudara abid atau amoi post seperti ini:

Siapakah anda wahai Purificatio Rosarium ? Jangan biarkan diri anda diselubungi misteri. :)

pergh!! sambutan terhadap post amoi ni agak luar biase. ramai sebenar nye yang concern tentang kewujudan puri-puri ni. tapi malangnya, bila dah hangat-hangat macam ni, boleh pulak si puri-puri ni jawab camni:

=)

damn! ape kejadah nye smiley? bro, kitorang tanye lu sape, bukan tanye macam mana rasa nak makan tapak kaki! ops. emo. sabo-sabo. ramai jugak la yang dah terkena dengan serangan smiley mamat puri-puri ni. antaranya singh, adin, haziq, amoi dan ramai lagi rasenye. ayat paling panjang yang puri-puri ni bagi pun ditujukan khas untuk singh:

senyum 2 sedekah r signh..

alhamdulillah. see. puri-puri ni baca hadis yang aku post kat atas tu. dia tau senyum tu sedekah. tapi kalau da senyum dia tu buat orang lain sakit hati or tertanya-tanya, macam mana pulak eh? hmm. dan cerita puri-puri ni bertambah gempar dan hangat bila hizamy post macam ni:

well Purificatio Rosarium, or kucai, kalo betol kau nak buat akaun khas untuk budak star je,
bile org dah tnye kat sini, sile lah jawab ye.
dont irritate people like that, kononnye down to earth la senyum2 nieh.
ini closed group so org lain x boleh bace, so just bgtaw je la sape kau.
durhhh cukup2 la menyusahkan budak batch sndiri. jgn smpai terfaktab teros. bala bala!

Yang Memerhati Dari Jauh,
Hizamy Ropiee

walaweh! terfaktab gila ayat hizamy ni! kalau aku kene macam ni bersirap jugak la. terus tinggalkan kedai kopi. haha. betul ke kucai? puri-puri tu kucai ke? kalau kucai, kenapa de tak nak mengaku kan? then, secara tiba-tiba kucai muncul mempertahan kan maruah dirinya. ni antara post-post kucai:

uit..sejak bile lak aku de FB purification nie??nie ak bengang nie..paneh2,,cedap2 je name ak wat men2!!

nie ak rase nak carut cam haram nie..pe kejadah tibe2 name aku naik nie!!!!
ak nga sibuk2 nak urus majlis tunang aku kat indon tbe name aku lak kne wat lauk pe kes??
ko nie pown bege..beragak r sikit..sapew2 pown bole wat account FB an..
yg mamat purification 2 pown satu..suh aku yg add masuk group kopi nie..
aku duk usha die member ngan rmai dak batch..n mamat nie cam tao seme pasal aku..
mamat nie nk bunuh ak ke ape..ko pk r..bengap giler nak wat account byk2..hampeh..
free2 jew name aku kne wat lauk..demmit..

dan kucai pun betul-betul marah:

Hizamy Ropiee..ko ade xpuas hati pew ngan aku??apsal name aku nek tibe2??..
lao xberani inbox r..xpown call no aku..085656121156..siyes ak nga paneh tahap cipan neyh..

wahai saudara puri-puri, (itu pun kalau kau baca blog ni), nampak tak apa yang kau dah buat? tak pasal-pasal kitorang satu batch haru-biru hanya sebab senyuman kau yang bajet cute tu. bro. aku rase kau da cukup matang da. kalau betul kau dak leonairats, apa masalah kau nk ngaku kau siape? umo da 21 der, paling muda pun kalau kau budak lompat umo dah 20. dah tak de maknye sweet-sweet 17 18 or 19. dah masuk dekad ke 3 dah pun hidup kita ni.

aku memang yakin gila puri-puri ni budak leonairats. sebab pe? korang rase kan, ade ke budak-budak batch lain menyangap nak join dak leonairats? motip? da takde keje lain ke ape? sapa lagi kalau bukan dak leonairats yang nk join group ni, tak kan dak egomaniac? tak kan dak ogonairats (wtf nama nak sama) dan ditukar kepada starovioian (disebut starovian) nak join leonairats? atau dak2 seven eleven?? tak da motif langsung. sah-sah macam kucai cakap dalam post dia, mamat puri-puri ni jugak la yang suruh kucai add de masuk. hmm. puri oh puri.


cukup la kot post atau entry aku kali ini. tengah panas jugak sebenar nya ni. sampai saat entry ni aku tulis, da ramai da orang aku tanya, tau tak sapa mamat puri-puri ni. ramai yang tak tahu. hizamy pun tahu dari orang lain. kucai sendiri dah tanye mamat puri-puri ni tapi macam biase la. =). wt*. pergh. cukup-cukup la. makin banyak lak dosa aku tulis post macam ni.

sekejap.

lepas aku cek wall puri-puri, info puri-puri, faktor penarik penolak semua, dengan siapa dia suruh add, dengan siapa dia tegur, aku rasa aku tau sapa mamat puri-puri ni. tapi aku tak nak la pulak assume siapa kan. takut salah nanti mengaibkan orang pulak. aku yakin aku tau mamat puri-puri ni. mengaku jela. tak susah kan. tengok apa jadi sekarang. kau da kene buang grup da pun. hmm. tu yg kau nak kot. bye bye la puri-puri. ok la kawan-kawan. adios. nak bercuti lama ni. semoga ketemu lagi. salam!

p/s: kucai tulis kat post de sibuk majlis tunang, tak nak kongsi cerita ngn kawan2 ke? ehem. owh lagi satu. soalan kat atas tu kalau sapa-sapa tau, tolong la bagi aku jawapan eh. mungkin blog iba dapat membantu?

Cerita Si Penggali Kubur

Posted by aizat On 9:24 PM 1 comments

Pada tarikh dan hari yang sama (21 Mei 2011) rakan-rakan leonairats bergembira bertemu di rumah saudara Najib, dua orang sahabat kita berdepan dengan dugaan yang maha hebat nya dan mungkin paling besar buat mereka.

LUQMAN ISMAIL:

Saya seperti biasa terpanggil untuk menatap kedai kopi leonairats usai sudah perjumpaan bersama rakan-rakan leonairats di rumah saudara Najib. terkejut. terpana. terdiam. kelu tatkala membaca post ditulis saudara Shah Izzat. ibunda tercinta saudara Luqman Ismail kembali ke rahmatullah pada tengah malam 21 Mei 2011 dan dikhabarkan dikebumikan sejurus selepas waktu zohor hari yang sama.

Alhamdulillah. tidak putus-putus ucapan takziah ditulis oleh rakan-rakan leonairats bagi menunjukkan rasa simpati dan berkongsi kesedihan bersama saudara Luqman. tidak kurang yang menghadiahkan pahala bacaan ummul kitab kepada allahyarhamah. sekiranya ada yang berhubung melalui mesej mahupun panggilan telefon itu adalah yang sebaiknya. beliau sangat2 memerlukan sokongan moral. sehingga saat entry ini ditulis, saya masih tidak dapat 'access' facebook saudara Luqman. mungkin buat sementara waktu, beliau tidak ingin diganggu dan buat rakan-rakan yang masih dan dapat menghubungi beliau, saya harapkan kongsi lah bersama kami yang lain tentang keadaan Luqman. kami juga ambil berat.

MEOR AGIL:

Saudara kita ini mungkin lebih tabah dan masih mampu menulis post tentang pemergian nenek beliau yang tersayang buat selama-lamanya. ia juga terjadi pada hari dan tarikh yang sama seperti diceritakan sebelum ini.

Rakan-rakan leonairats yang lain tetap tidak putus harapan mengucapkan takziah dan menyedekahkan pahala bacaan al-fatihah buat allahyarhamah nenek kepada saudara Meor. alhamdulillah. mulia sungguh pekerti rakan-rakan leonairats sekalian.

Jadi, saya merayu kepada rakan-rakan sekalian apalah kira nya untuk kita sama-sama sekali lagi menadah tangan menghadiahkan pahala bacaan ummul kitab kepada pertama nya ibunda Luqman Ismail dan kedua nya kepada nenenda Meor Agil.

Sebentar.

Saya teringat kata-kata salah seorang rakan kita yang boleh saya simpulkan seperti ini:

"ko rasa kan, berapa ramai antara budak2 ni yang tulis 'al-fatihah',
betul2 baca al-fatihah tu? aku rasa ada yang main tulis je. tak baca
apa2 pun."

MasyaAllah. saya terdiam. benar. tepat sekali apa yang dikatakan beliau. jadi, dalam entry dan ruangan kali ini, saya berharap rakan-rakan sekalian, marilah sama-sama kita berhenti sebentar dari terus membaca post ini, sebaliknya bacalah surah pertama dalam Al-Quran ini dengan niat seperti yang saya katakan sebelum ini. InsyaAllah, bukan sahaja kedua-dua allahyarhamah mendapat pahala juga buat kita yang membacanya. Al-fatihah..


Aminnn..terima kasih rakan-rakan leonairats sekalian.

Tidakkah rakan-rakan sekalian berasa aneh dan pelik dengan tajuk entry kali ini? apakah kaitan nya cerita si penggali kubur dengan cerita sedih yang saya ceritakan sebentar tadi? ada kaitan nya.

Diceritakan kepadaku oleh datukku yang suatu ketika dahulu pernah mengangkat cangkul menggali tanah menanam saudara-saudara seIslamku. Cerita ini disampaikan waktu ku melawat nya di Putrajaya.

Khusyuk datukku mendengar kuliah yang disampaikan oleh seorang ustaz di sebuah surau di Johor Bahru, katanya arwah-arwah ini punya alam mereka sendiri. mereka mampu bersalam, bertegur sapa, bertepuk tampar mungkin sesama mereka. suatu hari, menegur akan arwah A kepada arwah B:

"apakah yang sedang kalian cari dan lakukan?"

Terlihat arwah A akan arwah B dan rakan-rakan sedang mencarik-carik sesuatu di tanah. berebutlah mereka akan sesuatu yang arwah A sendiri tidak pasti akan apakah sebenar nya yang direbutkan. seperti sesuatu yang sangat-sangat penting dan diinginkan oleh sekalian mereka. lalu dijawablah oleh arwah B:

"kau tidak tahu apa yang kami rebutkan?"

"tidak." jawab arwah A.

"yang kami carik dan rebutkan itulah sebenarnya pahala
sedekah surah al-fatihah hadiah dari mereka yang lalu
di tanah perkuburan ini."

"mengapa kau masih mampu berdiri seolah-olah kau
tidak perlukan pahala ini wahai saudaraku?" tempelak arwah B.

Arwah A hanya mampu tersenyum. dijawabnya:

"aku tidak perlukan itu semua. doa dari anak-anakku yang
soleh tidak pernah putus untuk aku."

Usai sudah cerita si penggali kubur. aku diam seribu bahasa. menyanjung tinggi si tua di hadapanku ketika itu. senyap tanpa kata. dia senyum. SubhanAllah.

Dapatkah rakan-rakan leonairats simpulkan apa kaitan nya tajuk entry kali ini dengan berita yang saya sampaikan di atas? kalau masih belum, saya selitkan bersama sepotong hadis:

daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

"Apabila mati seseorang anak Adam, terputuslah segala amalannya,
melainkan tiga perkara iaitu;

sedekah jariah,

ilmu pengetahuan yang berguna, dan

anak yang baik yang sentiasa mendoakannya."

Selagi mampu rakan-rakan, buat mereka yang sudah kehilangan insan tercinta, sentiasalah doakan mereka walau di mana sekalipun anda berada. buat mereka yang masih punya insan tersayang, hargailah mereka dalam doa-doa kalian. setiap waktu, masa dan ketika. insyaAllah. sehingga ini sahajalah entry saya kali ini. semoga bertemu lagi. salam buat kalian.

kru kru ~

Posted by aizat On 3:36 PM 0 comments

apam kawin?


Disebabkan kebosanan yang terlampau, dengan tak sengaja nya aku klik blogspot.com dengan motif nak buat blog la konon-konon nya. Dah siap varify account bagai tiba-tiba aku tengok kat dashboard...

Sekejap.

Kenapa aku boleh jadi admin blog starian037 ni? Sumpah at first memang aku blur. Sampai sekarang pun aku masih blur dengan apa yang berlaku. So, aku decide la alang-alang aku boleh tulis ni, aku tulis jela pe yang aku nak. haha. Maklumla, aku budak hingusan lagi dalam dunia blog ni. Kalau nak compare dengan blog dakwah Iba, blog gile-gile Ayap, blog sastera Palo yang da retire memang terkucil la gamak nya.

So, nak dijadikan cerita, sabtu lepas tanggal 21 Mei 2011, ade la sekumpulan rakan-rakan kita yang berkunjung ke rumah Apam untuk majlis kenduri kawen kakak beliau. Apam pun aku dengar akan kawen tak lame lagi. calon pun da siap tolong2 hari tu. haha. dan ini semua atas jemputan Apam sendiri melalui facebook batch kite. Antara yang datang seingat aku:

haziq
wan
mago
hadi muti
amoi
gg
haru
limau
raja
waqi
chagri
muhyi

Even tak ramai yang tunjuk muka, tapi kira berbaloi la jugak. At least dapat la tau berita dak2 ni kan. haha. Dan tak lupa jugak, congratez tuk dak2 diploma yang da abes pengajian. tak kira la korang kat ipt mana sekalipun. pergh. da tak payah belajar beb. boleh keje. for those yang nak sambung degree sila-sila lah. ramai jugak yang aku dengar nak sambung degree. bertambah lah dak2 leo kat shah alam nanti. haha. tak kurang jugak yang da nak kerje. so, apa2 pun sekali keputusan korang, at least korang da genggam da segulung sijil. cool. aku? haha.


mereka2 yang datang


tu je kot aku nak cerita. tak lama lagi kru kru la blog ni. haha. faham2. masing2 busy. ok la. adios. btw, aku still tak de blog. haha.

The Travelling Nutrition Recommended

Posted by [~ killerzonboard~ ] On 12:52 PM 0 comments

Majlis Tahlil Allahyarham Shahnour

Posted by - abdul hadi abdul muti - On 9:23 AM 1 comments

Pade 27mei yang lalu,telah berlangsungnya majlis tahlil untuk arwah kawan kami yang disayangi,shahnour.

Majlis telah berlangsung di surau alhamdaniah,star ipoh.

Majlis telah dimulakan dengan sembahyang maghrib berjamaah yang diimamkan oleh saudara mursyid.

selepas solat maghrib,ucapan dari ketua umum,saudara azri.

Selepas itu,bacaan yaasin dan tahlil.

Saudara shah izzat mengambil kesempatan untuk memberi ucapan di surau.

Selepas majlis tahlil, majlis makan malam. Menu, nasi ayam,air sirap dan kuih apam. Tidak lupe juge bubur kacang hijau dan pulut hitam khas ditempah dari ibu kepada saudara mag. Sedap!

Selesai majlis tahlil, rakan-rakan leonairats meluangkan masa menonton prince of persia. Namun, sesetengah juga ada yang bermain dota. ish3..

Selesai tayangan, kami beryamca yamca di nasi vanggey.

Pukul 3 pagi kami pulang ke alma meter.

Beberapa orang leonairats mengambil kesempatan bermain futsal bersama.

Keesokan hari, ada yang mengambil kesempatan berkaroke di jj selepas bersarapan di d'maya.

Selepas solat jumaat di masjid sultan azlan shah, ada yang beramai ramai makan cendol bawah pokok.

Selesai, kami semua mengambil jalan pulang masing-masing.

Entah mengape,terase pilu dan sebak hati ini melihat rakan-rakan yang akan berpisah. hehe. Betul, saat inilah yang paling touching sekali aku rase. haha. Terase begitu kuat sekali hubungan persahabatan antara kami semua.



Saya yang menjalankan tugas
ABDUL HADI BIN ABDUL MUTI
GREEN GALLANT

Followers