.

  • welcome to batch of 47's official blogsite

Panggilan Ke Majlis Tahlil Dan Iftar 2011

Posted by - abdul hadi abdul muti - On 12:04 PM 0 comments

Assalamualaikum!!

Bulan puasa datang lagi. So, this time, macam biasa, memandangkan batch kita yang memang rajin buat reunion, tiap-tipa bulan puasa, mesti ada satu hari yang kita bukak puasa ramai-ramai kan? Ha, tak caye? Meh aku imbas balik memori korang. Ceyhceyhceyh!! Haha.

Ok. Yang ini, first time buka puasa batch lepas kita tinggalkan Star Ipoh.






Aku tak ingat masa ni, buka puasa dekat mana, rasanya, dekat Kenny Rogers Roasters, Mid Valley. Pergh, loaded gila masing-masing.

And then, masa tahun 2009, yang ni, jumlah yang turun dah meningkat.




Masa ni, berbuka puasa dekat Chicken Rice Shop Mid Valley. Kalau korang ingat, memang meriah gila, nak-nak pulak Manager, Kak Diana yang macam tomboi tu, sempoi je. Haha.

Next, tahun 2010. Yang iftar untuk 2010 ni, kita gabung dengan send off party untuk budak-budak yang fly pergi study oversea sekali.









Masa ni, bukak puasa dekat Pelita KLCC. Paling best, makan, ade Hizamy, Aizzul dengan Muz payungkan. Huhu.

So, 2008 dah. 2009 dah. 2010 pun dah. 2011? Ini yang aku nak ajak korang semua ni. Jom lah bukak puasa sekali dengan tahlil arwah member kita, Shahnour. Baca yaasin and tahlil, semoga dia tenang kat sana. Batch kita dah pernah buat majlis tahlil tahun lepas. So, elok sangat la kalau kita buat untuk tahun ni jugak. Untuk last year, kita buat kat sekolah, tapi, this year, kita buat dekat Masjid Jaminur Ridhwan, Jeram, Selangor, sebab dekat dengan rumah family arwah. So, dalam minggu ni or minggu depan, Aizat or Udin nak pergi rumah family arwah, nak bagitau diorang pasal majlis kita ni. So, aku harap sangat, korang support and datang majlis ni.

Kita buat tahlil InsyaAllah lepas Asar. Sebabkam waktu tu time puasa, lepas tahlil tu, kita bagi la pengat ke bubur ke, kat jemaah masjid yang datang. Lepas tu, kita berbuka puasa la sekali dekat Aroma Ikan Bakar. Lokasi dia memang dekat gila dengan masjid. Jalan kaki pun boleh.


Aku faham, korang rasa RM30 tu macLinkam mahal gila. Tapi, serius weh, makan kat sini, memang sedap and berbaloi, ditemani angin laut Sumatera yang bertiup lembut menyentuh kulit. Ahhh... Hahaha. Tak percaye?? Korang boleh baca review restoran dia dekat sini

Review Restoran Aroma Ikan Bakar 1


Review Restoran Aroma Ikan Bakar 2


Review Restoran Aroma Ikan Bakar 3


Semua review ni, semua cakap best. So, sebab tu kitorang pilih Restoran Aroma Ikan Bakar ni. Kitorang just nak yang terbaik untuk korang. Plus, kalau ada duit balance, kitorang akan bagi balik kat korang. Jangan risau. Kitorang bukan penyonglap duit. Haha.

Masalah nak tidor mana, Insya Allah aku akan mintak tolong budak-budak batch kita yang study dekat Shah Alam (yang memang ramai gila) untuk tumpangkan tidur. So, boleh la nak tidur, esoknya baru balik.

So, aku, mewakili team organizer, menyeru member member leonairats sekalian untuk turun untuk sedekahkan tahlil untuk arwah Ahahnour and berbuka puasa sama. Kami menunggu kedatangan korang dengan penuh sabar. Janganlah dikau mengahncurkan harapan kami yang dah cuba yang terbaik untuk event ini.

Gambar Restoran Aroma Ikan Bakar :




kisah benar

Posted by Julia & V On 12:20 AM 3 comments

err.assalamualaikum u_u

semenjak dua menjak ni jari dah semakin keras nak menaip.tapi sempena malam jumaat ni (n baru lpas tgk You Saka pergi jauh jauh) ,tetiba teringat cerita time kita form 1.


1)  first story

waktu minggu first kita masuk STAR...aku kan suka menangis leleh2...semput lah ape lah (konon).cuma Gaio,Setel,dan budak2 dorm 4 je yang lebih mengerti.disebabkan itulah aku selalu escape aktiviti minggu orientasi sebab sakit rumah (homesick).

pastu,nak dijadikan cerita, ada satu malam ni aku lepak dorm sbb tak sihat.masa tu ada sekali Singh,Ikan,Hisyam,Setel (kot) dgn beberapa org lagi.yang lain2 pergi prep.dalam pkl 9 lebih camtu,aku nak pergi call mummy,tapi public kat blok form 1 (kini blok white) problem.cuma public berjenama telekom je yang aku boleh guna,sebab aku pakai Ring-Ring Kad.nak taknak,terpaksalah pergi ke public kat dining...

sebelum pergi tu aku gitau lah sesape yg ada kat dorm tu dulu.sekali Ikan kata nak ikut (sbb dia nak call jugak kot) then Hisyam pun nak ikut gak..maka berangkatlah kami bertiga yang kecil-kecil ini meredah koridor demi melepas rindu terhadap ibu bapa tercinta.

dalam hati,masing-masing cuak takut terserempak dgn warden or yg lebih menyeramkan,Pak Pin...dengan koridor yg takde lampu n dining yg dah tutup,memang gelap kaw2 lah.bila dah sampai depan dining,aku pandanglah ke surau,takut2 ada prefect or warden yg lepak situ.tiba-tiba,aku terdengar bunyi air "Kdebush kdebush". aku jengah,tengok dekat kolah air ada orang tengah amek air sembahyang.Ikan dgn Hisyam pun nampak gak,sebab masa tu tiba-tiba kitorang stop and pandang je orang tu.

aku ingat lagi,dia pakai jubah kelabu,pakai serban kelabu gak.dari jauh nampak tua sikit,ada janggut.yang aku tak paham,lepas dia amek air sembahyang tu,dia tak masuk ke surau; tapi dia terus keluar dari perkarangan surau,lalu depan kitorang,pastu terus ke arah belakang dining hall.masa tu kitorang still lagi terpaku tengok dia.lepas dia dah takde baru kitorang jalan balik sambil tertanya2 sape dia tu..

bila lepas dining hall,antara dining ke blok matrix,kitorang tengok rumah-rumah pekerja kat belakang yg ada pokok tu semua menyala...oh patutlah,pekerja rupanya...rumah dia takde air kot,sebab tu dia amek air sembahyang kat surau.kitorang pun meneruskanlah niat utk calling2.

esoknya baru aku tau yg rumah2 kat belakang tu rupanya dah lama jadi stor.gulp.tempat kita main sorok2 dgn warden time fly.tempat Setel buat jadi rumah Pok Hang dlm filem 'Sampai ke Pangkuannya'.

habis,siapakah uncle misteri yg mengambil air sembahyang kat kolah surau yang berberudu pada malam itu? persoalan itu masih tak dapat dijawab sehingga ke hari ni..sbb aku tak pernah tanya sesape pun =p aku tak tau Ikan dgn Hisyam ingat lagi tak pasal benda ni.

6 tahun kemudian...time aku dah masuk matrix Gopeng,roomate aku ex-K.U sekolah Izzudin.dia ada cerita,kat Ipoh ni ada seorang Jin Islam bernama Sheikh Ghamis..kira Ipoh tu dia la yang pegang.menurut kawan aku tu,sekolah Izzudin n Sekolah Teknik tu port fevret dia.mungkinkah beliaulah yg kami nampak malam itu? Wallahua'lam...yang pasti,zaman Ring-Ring Kad telah pun berlalu...sekarang budak form one pun dah pandai Android dah...dan pasti,Sheikh Ghamis masih di Ipoh,memerhati anda walau dimana saja...

sekian,Wallahua'lam.

Emergency!

Posted by aizat On 10:23 PM 0 comments

salam rakan-rakan leonairats sekalian. berita yang baru sahaja saya terima sebentar tadi. salah seorang rakan kita UDIN akan menjalani pembedahan bahu buat kali yang ke-2. pembedahan dijangka akan dijalankan pada sebelah petang esok (16 jun 2011) dan bertempat di Hospital Tentera Wangsa Maju. antara pesanan yang sempat udin berikan kepada saya adalah:

"salam..esok aku undergo 2nd operation..wish me luck!"


kepada rakan-rakan sekalian, marilah kita sama-sama mendoakan pembedahan berjalan lancar dan saudara kita udin kembali sihat seperti sediakala insyaAllah. kalau ade rezeki dan diizinkan, apalah kiranya selepas pembedahan nanti kita sama-sama melawat beliau.

Rasulullah s.a.w bersabda:

"Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian;
dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka,
kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda,
maka dia akan beroleh keredaan Allah,
dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu,
maka dia akan mendapat kemurkaan daripada Allah."

(Hadis riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)

Panggilan Pulang

Posted by aizat On 11:27 AM 0 comments

Assalamualaikum kawan-kawan! bertemu lagi kita dalam entry kali ini. alhamdulillah. ini semua berkat pinjaman nikmat-nikmat dunia yang dikurniakan Allah. bersyukur sangat-sangat. akhir-akhir ini, seruan pulang ke alma mater (betul ke ejaan aku?) sudah mula kedengaran. masing-masing dah mula save the date (1 -3 julai 2011) untuk datang ke sekolah tuanku abdul rahman bagi sama-sama meraikan old boys weekend (OBW) kali ke ?? aku pun tak pasti.

so, bermacam-macam ragam yang dapat kita saksikan dalam kedai kopi leonairats. antaranya ada yang sibuk berfikir macam mana nak pegi STAR nanti. nak naik apa? bas? kereta? train? flight mungkin? ada jugak yang dah mula sibuk contact kawan-kawan untuk pergi bersama. yang sini tumpang yang sana. yang sana bawak yang sini. best2. meriah.

tak kurang jugak yang kecewa tak dapat nak join OBW kali ini. ada yang bekerja. ada yang sibuk menguruskan hal-hal fakulti mahupun universiti. ada yang terlibat dengan program-program kemasyarakatan. ade yang tak dapat pulang dari perantauan. ade yang sibuk berpolitik. ade juga yang sibuk berdakwah. alhamdulillah. ade pula yang sedang berpraktikal. macam-macam kekangan yang tak mengizinkan untuk mereka turut sama hadir.

tapi yang paling aku tertarik ada salah seorang rakan kita bertanya kepada rakan kita yang lain tentang kehadirannya ke OBW. aku simpulkan seperti ini:

A: pergi OBW tak?

B: tak bro. malas!

terbaik! aku suka alasan yang macam ni. simple. jujur. ikhlas datang dari hati. abes cerita. malas nak pergi. tak payah nak bagi dalih lain dah. haha.

tapi bila aku fikir-fikir balik, kenapa agak nya kita kena pergi OBW? jawapan untuk soalan ni pun boleh jadi macam-macam jugak. antara yang cliche dan dah biase dengar adalah jumpa member-member lama la. apa lagi nak buat kan. lepak dan hang out sama-sama. kutuk sana kutuk sini, gelak-gelak sakan. ada yang datang nak tengok STAR tu sendiri. sama lagi ke suasana nya masa kita tinggalkan dulu? ada jugak yang memang nak join segala aktiviti yang dah disediakan sempena OBW. tak kurang jugak, dapat jumpe cikgu-cikgu. tanya khabar, sihat ke? dah kawin ke? ada jugak yang ambik kesempatan jumpa 'adik-adik'. maklumla, dah lama tak jumpa. yang pelik, ade jugak yang ambik kesempatan nak jumpa 'abang-abang'? err..

tapi pengurusan OBW tahun ni agak kreatif bila diorang memperkenalkan HOME COMING SHIELD. apa sebenarnya benda alah ni? kalau korang nak tau lebih, klik sini. pekga pernah jugak post dekat kedai kopi. ni yang pekga post. tapi agak tak fair la. sebab kemenangan batch dikira berdasarkan bilangan jumlah yang mendaftar dan membayar, bukan bilangan jumlah yang hadir. for me, bilangan kehadiran masa OBW nanti la yang menunjukkan komitmen sesuatu batch. sama ada ramai atau tidak yang hadir. betul tak? tapi ada pro and con la benda ni. untuk yang muda-muda macam kita ni memang tak ada masalah la kan nak datang. but for those yang dah bekeluarga dan bekerjaya, maybe agak susah la. sudut positif.


apa-apa pun, kalau korang dah pasang niat nak pergi dan berpeluang nak pergi, baguslah. alhamdulillah. berhati-hati ketika memandu. selamat pergi selamat pulang. amin. kepada yang tak dapat nak pergi, jangan risau. tiap-tiap tahun OBW ni ada. kalau dah tiap-tiap tahun pun terlepas, tunggu je 2027 nanti. sampai la turn batch kita pulak. hmm. agak-agak nya, siapa la yang bakal lead OBW masa tu eh?

Alahai Kuda

Posted by - abdul hadi abdul muti - On 12:35 PM 0 comments

Kude..kude...
time form one ko da buat perangai pelik pelik da..
kude ni..bukan kude yang horse kalo ditranslatekan dalam english..
tapi kude ni name die hazim bin jauhari..
orang panggil die kude coz die gelak macam bunyik kude kot..
haha

banyak citer sal kude ni..
haha
meh aku citer satu satu yer..

ade la satu prep malam ni..
si kude ni ade la bawak satu botol air ni..
die cakap air tu air yassin..
sekali air yaasin tu tertumpah
aku tak tau la pulak tertumpah sendiri ke..
or ade orang yang tumpahkan
tapi air tu tak tumpah semue pon..
so boleh la refill balik an..
air yaasin gak..
tapi die takpuas hati
di cakap die nak report kat pak pin jugak
pastu die beron beron la
nyenyenyenye(macam tu la bunyi die beron2 coz die cakap laju and xclear langsung)
ntah haper ntah die beron2
and taksilap aku..time ni la tangan paan(time tu paan ketue kelas) yang keras and tebal tu(almaklumla aku dengar pak ni gempak badminton)singgah di muke kude itu dengan padunye..
pak cakap diamlah!!!pastu straight lempang kude..
time tu punyer la best..
ko memang power la pak
hahahaha
tapi kude tu diam la kejap..
pastu die da start nangis2 da
pastu prep pon da bis..
tapi si kude ni dok gak kat kerusi macam batu..
pastu semue orang balik..
yang tinggal kude,kimy ngan sape ntah
time last aku blah prep tu..
kelas gelap
and aku rase kude kene brainwash ngan kimy ngan sape ntah tu kot..
hahaha
alahai kude..

Pastu aku nak cerite cubaan kude untuk membunuh diri
lokasi die depan dorm 2
dorm2 2 dorm aku la
kan ade macam balkoni ke anjung ntah orang panggil tempat tu..
ha..
die nak terjun dari dorm 2 pegi bawah
hahahahhahahahaha
tak boleh blah punyer kude
die cakap buat ape die hidup..
hidup ni sekse la
pekejadah lagi ntah die ngarut..

las2 pas da kene pujuk2 kude tak jadi terjun..
hahaha
alah kalo kude terjun pon aku rase tak mati pon die..
hahaha
alahai kude..

kude ni...
sangap westlife..
eeee...
geli jerk westlife
hahaha
bawak speaker,
letak kat loker,
pastu pasang lagu westlife..
adoiyai!!
alahai kude..

actually ade lagi cerite sal kude ni..
tapi tunggu la time aku tulis tok cerite time f4 yer..
huhu

Samad Lead The Basketball Run

Posted by - abdul hadi abdul muti - On 10:14 AM 1 comments


Dicedok dan di edit dari blog ni.
Blog siapa ntah.

huhuhu..
kembali ak menulis kat blog ini..
dengan tajuk 'Samad Lead The Basketball Run..
aku teingat peristiwe ni sebab aku ngah demam time aku tulis blog ni..
Secare kebetulan nye pulak samad lead ni time tengah kuarantin sebab ramai giler yang demam time tu..
tak silap aku..name demam die influenza..
tapi aku tak pulak demam time tu..
so,sape2 yang demam dikuarantinkan kat blok white...
Blog white mase tu,tempat form 1 duduk..
So..bagi sesiape yang tak demam time tu..
kene la pindah kat banglo..
time tu banglo bukan dorm..

ha...
pastu..
aku pon tak sure kenape prefect suruh lari round basketball court tu...
dorm bersepah kot...
so, petang tu..kitorang kene la lari kat basketball court tu..
alah basketball yang tempat assembly tu..
pastu..
samad yang lead..
memang tak dinafikan samad,kalau tengah jalan,die memang sprint habis
sebab die cakap,die nak kejar mase
so die jalan la laju2 sebab tak nak kene tinggal dengan mase.
ha..
tapi, skill berjalan laju die time form 1 tak power lagi..
so agak slow la jugak..
so,kitorang pon habiskan la 20 round tu dengan hanye berjalan kaki..
time tu kesian giler kat unker..
cos die nak terberak time tu..
unker dah jerit da kat samad suruh lari laju2 sebab dah tak tahan dah
tapi die tak lari gak..
sampai la habis 20 round..
sume berjalan dengan tergelak gelak dan penuh dengan keceriaan
hahaha

fido.amer.muz

Posted by muzhafar On 6:51 PM 0 comments

Assalamualaikum buat warga LEOnairats sekalian,

Alhamdulillah, saya juga masih diberi nikmat untuk menaip pada hari ini, alhamdulillah.

Secara tiba2 saya juga ingin membuat laporan perjumpaan LEOnairats. hihi =p

Walaupun ianya sudah lama berlalu, tetapi pautan memori tetap segar di ingatan saya.

Baiklah,

Pada 6 November 2010 yang lalu, telah berlangsung Nottingham Malaysian Games di Nottingham University. Buat pengetahuan semua, Nottingham Malaysian Games adalah games tahunan yang dianjurkan oleh pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di Nottingham.

Ah, sudah pasti saya bisa teringat akan warga LEOnairats yang melanjutkan pelajaran di sini. Alhamdulillah, saya sempat berjumpa dengan Firdaus Othman dan Amer Harun di surau sewaktu ingin menunaikan solat zuhur.

bergambar bersama saudara Firdaus Othman dan Amer Harun
Segala memori ketika di STAR masih kekal di ingatan kami.

Teringat saya ketika berjenaka dengan saudara Amer Harun :

"woi Amer, hang otai kat York ka?"

balas saya, ''aku dulu otai Yellow kot, so skang kat Surrey aku pun otai lagi''

kata saya lagi, "Amer, kalau ada apa2 hal, roger je aku, nanti aku datang 'tabur' @ 'settle'kan".

Kami berdua pun ketawa. Namun saya pasti, jauh disudut hati kami, terkenangkan memori, teringatkan zaman sewaktu di STAR dahulu. :)

Kenangan bermain bola di padang STAROBA Square juga menjadi bahan bualan kami. 

Bergambar bersama kawan2 Amer Harun dan dua dari kiri adalah Mior Hazril


Bergambar dengan Amer Harun lagi.
Sekian sahaja daripada saya.

Maaf sekiranya post ini tidak sesuai berada di blog ini :(

saje je nak cecite =p huhu

Doakan saya, ada lagi dua paper ni ^_^

Jaga diri wahai LEOnairats sekalian, insyaAllah moga ketemu lagi.

Followers